Tag Archives: goals

How to Lose Fat in 6 Weeks (Guaranteed)*

Shaisamsuri lose fat 6 weeks

1. Water

Eliminate all drinks from your diet, except water. No teh tarik. No sirap bandung.

Reference, here.

2. Nutrition

Eliminate all sugar, and starchy carbs from you diet. No bread. No rice (or little). NO SUGAR. Eat  vegetables. Lots of it. And eat meat. Nutrition value, here.

Reference, here.

3. Exercise

Walk every single day. 1 hour.  Listen to audio books. Plus weight training 3-4 times a week. Sample program, here, here and here.

Reference, here.

6 weeks. You will lose fat.  You will see results.

* These steps are very effective for beginners who decided to change their lifestyle. It is backed by current scientific research validating the ‘broscience’ we heard before.

Transform Diri Anda Dari Sekadar ‘Bro’ Menjadi ‘Bro Macho’/Alpha Male (18SX)

Ada bran??
Ada bran??

Transform Diri Anda Dari Sekadar ‘Bro’ Menjadi ‘Bro Macho’/ Alpha Male
(Secara semulajadi. Tanpa pill. Tanpa injection.)

Ok. Berita terkini. Bro semua claim bro ‘macho’? Atau ‘Sado’? Kalau bro semua belum dengar ini, paras testosterone kita sedang menurun pada saat ini. Bukan turun semasa umur 60 tahun nanti, tapi sekarang. Menurut kajian saintifik, paras testosterone, atau hormon jantan telah menurun sebanyak 20% daripada paras yang direkodkan 20 tahun lepas. Terkejut kan? Dan lebih dari 1 dalam 4 orang mempunyai paras testosterone yang ‘below average’. Kalau ikut paras sekarang, itu memang dah rendah tahap panik. So…apa kepentingan info ini kepada bro2 sekalian? Maknanya, semua training bagai nak gila dengan diet cukup…memang tak berbaloi, sebab hormon testosterone dah menjunam!!!

Jadi, nak buat macam mana? Macam mana nak pastikan lifestyle sekarang tidak membantutkan usaha bro2 semua untuk bina otot, bakar lemak atau kembali menjantan di ranjang??!! Ada caranya..semulajadi…tak perlu inject situ sini…(kepada yang nak go natural laa kan).

Amalkan trick2 ini untuk menjadi ‘Bro Macho’ (Alpha-Male):

1. Jangan takut pada ‘Lemak’

Mesti bro pernah dengan expression, “eating fat doesn’t make you fat” atau makan ‘Lemak tak semestinya buat anda gemuk’. Memang betul. Malah, apabila kita makan makanan berlemak lebih2 lagi Lemak saturated, ia akan menjadikan bro lebih jantan. Lemak saturated mengandungi kolestrol, yang menjadi pemangkin untuk badan kita menghasilkan hormon testosterone. Dan polysaturated fat seperti Lemak yang terdapat pada Lemak ikan salmon, membantu peredaran darah, yang sangat penting untuk ‘adik’ kita menegang!! Kalau pengambilan Lemak (yang baik sahaja) kita tidak mencukupi, bukan sahaja badan dan sex life menderita, tetapi ia boleh membantutkan keaktifan sperma kita. Dalam erti kata lain, sperma pondan. Bro paham??

2. Lakukan deadlift defisit

Beberapa kajian membuktikan bahawa deadlift adalah antara exercise yang paling bagus untuk menaikkan atau boost growth hormon (HGH) semasa dalam latihan, sambil membantu tumbesaran fizikal kekar. Tapi semua orang boleh buat deadlift. Kalau Anda belum, mesti buat hari ini, no excuse. Kalau nak jadi bro macho…buatlah deadlift defisit, iaitu dengan berdiri di atas box, atau paling kurang di atas weight plate. Dengan itu, ia memanjangkan jarak perjalanan barbell, badan dipaksa bekerja lebih keras daripada biasa. Perbezaan jarak mungkin minima, tapi impak dan keberkesanannya adalah maksima!!

3. Tak payah nak kedekut protein

Banyak orang takut kalau makan protein lebih dari 30gram dalam satu meal, selebihnya akan dibazirkan ke dalam jamban. Orang2 tersebut memang progress dia lambat sikit. Maklumlah. Korang ingat The Rock (Dwayne Johnson) makan 30 gram protein jer ke dalam satu masa?? Menurut kajian yang dijalankan oleh American Journal of Clinical Nutrition, lelaki yang makan 1 meal dengan 85 gram protein mempunyai massa otot lebih besar dan Lemak badan yang lebih rendah daripada orang yang makan 85gram protein tetapi split kepada berapa meal. Dengan terbuktinya kajian ini, adakah anda perlu makan 85gram protein dalam 1 meal. Sudah tentu tidak. Tapi ini membuktikan limit anda bukan setakat 30gram protein sahaja.

3. Tak payah sarapan pun ok, Bro

Tahukah bro, hampir 90% orang Amerika (kajian dari journal USA) bersarapan, akan tetapi, 35% dari mereka adalah pada tahap obese. Sarapan bukanlah meal paling penting nampak gaya. Tapi anda masih boleh sarapan dan menjadi sihat pada masa yang sama. Itu bukan isunya. Tetapi, jika anda belum lapar di pagi hari, atas sebab apa2 pun (mungkin makan heavy malam sebelum), janganlah makan oat dua mangkuk kerana anda pernah terbaca yang oat ni dapat membantu anda mengurangkan berat badan anda. Sangat penting untuk tidak menumpukan pada sesuatu masa untuk makan, sama ada sarapan, makan tengahari dan malam. Secara fakta, jika kita skip sarapan atau melambatkan masa sarapan, ia dapat menaikkan hormon tumbesaran (HGH), hormon yang sama bertanggungjawab untuk anda jadi lebih lean dan berotot sado. So…kalau tidak lapar…tunggu sahaja sehingga lunch.

4. Tidur lebih dari 7 jam/sehari

Kita semua suka menonton Astro, layan movie atau tengok EPL/ World Cup sampai ke lewat pagi. Apa susah, record saja, besok boleh replay. Jadi tidurlah. Sekiranya anda tidur lewat, kemungkinan besar anda makan berlebihan sambil melakukan apa-apa adalah sangat tinggi, dengan itu kadar metabolisme anda juga menurun, yang penting sekali, jangan cakap pasal tak boleh ‘perform’ yang terbaik dengan isteri tercinta. ‘Adik’ pun layu je, sebab kurang rehat. Makanya, kita memang kena cukup tidur. Jadikan ia prioriti anda. Menurut kajian yang terbit di Journal of American Medical Association, kaum Adam yang hanya tidur kurang dari 5 jam atau kurang semalam, mengalami penurunan paras hormon testosterone dalam 15%. Penurunan ini biasa jika ia berlaku dalam jangkamasa 15 tahun. Atau 1% setahun.

5. Tingkatkan intensiti workout anda…BEASTMODE ON!!!

Masalah gemuk boleh membuatkan anda frust. Dan ini bukan disebabkan anda melihat diri anda di cermin. Kandungan tinggi lemak di badan memberi kesan kepada hormon insulin. Paras insulin yang tinggi boleh menyebabkan mood anda down, kurang tenaga…dan ini menyebabkan makanan yang anda makan diproses dan disimpan sebagai lemak badan. Workout bukan sekadar merekod berapa berat anda boleh bench press, dumbell curl, dan lain2. Workout dengan intensiti tinggi harus ada di dalam kepala, sebelum anda mengangkat satu beban pun. Di antara set, jangan rest lama..kalau boleh buat quick cardio; contoh buat star jump 30 saat, lepas tu terus sambung set berikutnya. Push diri anda ke limit paling tinggi. Workout intensiti tinggi bersama cara pemakanan yang bagus dapat mengawal hormon insulin anda, boost confidence diri anda, cerdaskan minda dan yang paling penting, Anda tak perlu risau untuk makan bermacam-macam.

6. Tuntut lebih SEKS daripada isteri tercinta!!! Serius, Bro!

Para Saintis dari University of Chicago, USA telah membuat kajian yang agak gila. Mereka mahu mengkaji sama ada lelaki sekarang sudah kurang berminat dengan seks. Hasil kajian: MEMANG PUN!!! Lelaki sekarang memang kurang berminat dengan seks, dan frust dengan seks. Dan yang penting sekali, 30% daripada sampel kajian mereka mempunyai paras testosterone yang sangat rendah. KALAU KAU JANTAN, KAU MEMANG PATUT FIKIR PASAL SEKS…most of the time!!! Ia penting untuk keseimbangan dan kesihatan diri. MORE SEX MEANS LONGER LIFE.

7. Periksa paras testosterone Anda di hospital

Menjadi Bro Sado bukan bermakna Anda perlu lebih power dari orang, atau orang paling Power dalam gang anda. Tetapi, ia adalah untuk menjadi versi anda yang terbaik. Jadi, periksalah paras testosteron anda, sama ada rendah, normal atau abnormal. Paras yang rendah dikaitkan dengan penyakit jantung, kemurungan dan kurangnya otot terbina. Jika Anda tahu di mana paras Anda, lebih senang untuk memperbetulkan keadaan secara semulajadi.

NO DRUGS. NO PILLS. NO INJECTION. NO BULLSHIT!!!

Olahan daripada buku Man 2.0 Engineering Alpha Muscle