Tag Archives: cheat meal

Makanan Yang Patut Kita Elak Waktu Bekerja

Ramai antara kita, bila bangun pagi, sebelum memulakan hari kerja, akan capai secawan kopi. Kalau nak cepat, terus capai kopi 3 in 1, lepas tu pergi.

Tetapi semua sirap tambahan, perasa tiruan dan bahan pengawet menyebabkan kita tidak berasa puas, sebenarnya.

Banyak makanan yang kita makan secara tidak langsung membuatkan kita mengantuk.

Tapi kenapa macam tu?

Makanan dan cara penyediaan yang kurang baik-termasuk gula berlebihan, karbohidrat yang telah diproses, lemak yang tidak sihat, dan khusus garam berlebihan boleh memberikan kesan negatif terhadap fungsi otak dan proses berfikir.

Sebabnya adalah kita selalu bergesa untuk ke mana-mana, lebih lebih lagi waktu kerja, kita capai mana yang sempat. Selalunya fast food / instant food / junk food.

Teruskan membaca untuk mengetahui yang makanan dan minuman yang anda perlu dijauhi di tempat kerja untuk berasa lebih baik dan mengelakkan tidur di papan kekunci.

Untuk pertanyaan lanjut, sila klik link ini, shaisamsuri.trainerize.com

**********************************

Beat the Slump: Avoid These Energy-Depleting Foods
A lot of us reach for a hot cup of coffee every morning to start the workday. It keeps us alert and productive, right? At its core, yes. But all the extra syrups, artificial flavorings, and preservatives can leave us feeling pretty crummy. A lot of the foods we eat dictate how sleepy or how awake we feel. Specific foods and preparations—including sugar, refined carbohydrates, unhealthy fats, and salt—can negatively affect brain function and thinking processes. A quick trip for a convenient fried lunch can weigh on the digestive system for hours. Read on to learn which foods and drinks you should steer clear of at work in order to feel better and avoid sleeping at the keyboard.

Untuk pertanyaan lanjut, sila klik link ini, shaisamsuri.trainerize.com

Source for further reading, http://cafe.quill.com/beat-the-slump-avoid-these-energy-depleting-foods/

Sumber: http://cafe.quill.com/beat-the-slump-avoid-these-energy-depleting-foods/

‘Cheat Day’ – dari sudut pengalaman Shai Samsuri

Cheat Day Shai Samsuri
“Itu melahap namanya, Pak Kenny…”

Apa itu ‘Cheat Day’ dalam konteks fitness?
Istilah Cheat Day memang sangat ‘common’ disebut bila kita workout sama ada sasaran kita adalah untuk kurus atau bulking. Ia membawa maksud makan dan makan tanpa batasan. Yer ke ni?? Kalau direct translation ‘cheat’ is menipu. So adakah pada hari tersebut kita menipu diri kita untuk makan apa saja dalam jumlah yang banyak sampai over kenyang?

Kenapa harus ada Cheat Day?
Secara psikologi, jikalau kita tertakhluk kepada sesuatu peraturan, kita sentiasa terdorong di dalam hati untuk melanggar peraturan tersebut. Begitu juga dalam konteks fitness. Ok. Anda workout 4-5 hari seminggu. Pemakanan terjaga, tip top. Sampai satu masa, dalam hati kata nak makan Mcd. Bila konflik begini berlaku, ada dua kemungkinan. Sama ada kalah atau menang. Kalau menang, baguslah. Tapi sampai bila.
Kalau kalah, habis diet program anda. Rasa guilty. Lepas tu mulalah nak crash diet, yang membahayakan diri.
Cuba kita elakkan konflik begini, kerana, sasaran bukan sahaja untuk memiliki tubuh yang sihat, tetapi juga mental yang sihat. Dengan menerapkan Konsep Cheat Day, ia adalah satu strategi untuk membendung nafsu makan, sekali gus, membolehkan program diet anda berterusan tanpa rebound.

Siapa yang patut ‘Cheat’?
This is interesting. Kalau sasaran anda adalah untuk bulking atau dari kurus ke ‘gemuk’, patutkah ada Cheat Day dalam program anda? Bagi pendapat aku dan menurut kajian, orang yang dalam fasa bulking, harus makan 30% lebih nilai Kalori yang sepatutnya setiap hari. Jika keperluan nilai Kalori seharian seseorang itu adalah 2000kcal, untuk bulking, dia harus tambah 600kcal lagi. So, perlukah ada cheat day? PERLU. Katakanlah, dia bulking melalui pemakanan ‘clean food’, sampai cheat day, dia terasa nak makan McD. Ok. Makanlah. Ingat, it’s not just physical fitness. It’s also Mental fitness.

Soalan susah dah settle. Bagi yang mahu menurunkan berat badan, atau lemak badan, Cheat Day is very important. Very very important. Sekiranya, anda memang sudah mengikuti program latihan dan pemakanan untuk sasaran ini, tahniah. Memang bukan mudah.

Kita pergi saintifik sedikit. Untuk mendapatkan tubuh badan yang ‘lean’, fit, ‘sado’, whatever you want to call it….diri anda harus ada defisit energi atau defisit kalori. Selalunya dengan pengamalan low carb diet. Low carb diet membantu mengawal hormon insulin yang bertanggungjawab memberi anda perasaan lapar, dan memberi signal untuk menyimpan Lemak dalam badan. Secara langsung, insulin yang rendah membantu pembakaran lemak. Betul?? Memang betul. Itu sains.

Tetapi, tubuh kita juga sangat pandai. Bila ada Kalori atau energi defisit, tubuh kita akan menyesuaikan sistem badan, untuk simpan energi, dan kalori supaya ia menjadi lebih efisien, jadi pembakaran lemak tidak pada tahap yang maksimum. Sudah tentu, bila body anda ‘dikejutkan’ dengan extra kalori and energi dari makanan yang lebih dari biasa, ia akan dipaksa bekerja. Dan pembakaran Lemak pada kadar optimum dapat berlaku.

Ok, kita pergi lebih saintifik. Lebih sedikit. Satu lagi point, bila kita ber’diet’, kadar hormon tiroid dan leptin yang membantu badan kita membakar Lemak akan turun. Begitu juga Hormon IGF (insulin-like growth factor) yang membantu membina otot juga akan turun.
So dari sudut saintifik, Cheat Day secara tidak langsung dapat membantu mengembalikan hormon kita ke paras yang normal. Dengan itu, proses pembakaran Lemak dan pembinaan otot berlaku secara efektif.

Bagaimana untuk Cheat?
So, hopefully, you already know the WHAT, WHY and WHO. Lets look at the HOW and WHEN. This is only a guide. Choose what suits you best.

1. Makan sebelum kenyang
Mudahkan? Biasanya, perasaan kenyang datang 20-30 selepas selesai makan. Jika anda makan sampai kenyang, cuba teka Apa akan terjadi 20-30 minit kemudian.

2. Instead of cheat day, do a cheat meal.
Sesiapa yang memang susah nak kawal nafsu sehingga mungkin terlajak, amalkan cheat meal. Lunch is better.

3. Minum air sebaldi…(well, not literally)
Minumlah air sebanyak yang mungkin. Sebab air dapat membantu anda merasakan kenyang. Disamping itu, kebiasaannya makanan masa cheat day, Selalunya makan yang kita makan sambil pejam sebelah mata when it comes to sugar, and salt content. Air membantu mengelakkan water retention.

4. Healthy ‘Junk food’
Buat sendiri ‘junk food’ diri anda, menggunakan healthy ingredients. Low fat yoghurt, with banana, whey protein and dark chocolate. Gunakan imaginasi anda.

4a. Overeat your diet
Katakanlah, hari-hari biasa, anda strict dengan diet anda dengan healthy food. Bila cheat day, makan makanan yang sama times 1.5 – 2.

5. Protein food dan sayur, separuh pinggan
Sebelum anda keluar makan for cheat day, makan lebih protein. Aku suka minum whey protein dengan low fat milk, for breakfast before cheat meal, supaya kenyang lebih cepat. Kemungkinan melahap dapat dikurangkan.

6. Train semasa cheat day
Tak salah. Kalau anda memang seorang pelahap (aku lah tu), train pada hari yang sama. Energi yang terlebih tu, boleh diguna pakai.

7. Jangan monyet. Orang tamak selalu rugi.
Katakanlah minggu ini, anda training and makan tip top, sampai masa cheat day, anda teringin nak makan pizza, mcd, KFC, choc cake, icecream, semua dalam satu hari. Jangan. Agihkan kan keinginan itu kepada minggu-minggu berikutnya. Minggu ni pizza. Minggu depan, KFC. Dan berikutnya.

8. Makan di luar
Ok, Selalunya aku suka masak pada hari biasa, sebab portion boleh control. Tapi bila hari cheat day, tidak digalakkan memasak dirumah, kerana, Selalunya anda akan masak over, then makanan akan brought forward to next day. (Applicable untuk orang bujang). Bila makan di luar, finish everything in one sitting.

9. Selang minggu cheat day anda
Cuba cara ini. Selang cheat day anda selang 2 minggu. Untuk orang power sahaja.

10. Cheat, tetapi bila ada social event
Kenduri kahwin. Meet up gang lama. Family gathering. Makanlah. Tapi mesti plan. Jangan sampai dilabel anti-sosial, ye tak.

11. No buffet. No. No.
Buffet is a waste. From social point of view, dan juga mengikut Sunnah (bagi Muslim). Kenapa perlu membazir, kan.

12. Berpuasa
Untuk non-Muslims, fasting is an option after cheat day, to psychologically feel better, a way to deal with cheat day hangover.
Untuk Muslim. Ok, niat harus betul ya. Puasa Isnin dan Khamis disunatkan. Jadikan ia sebagai lifestyle, dengan seikhlas niat. Ganjaran dunia dan akhirat.

So, itu dari sudut pandangan aku mengenai topik Cheat Day.

Feel free to share this info.