Category Archives: Transformation Stories

ROAD TO SHRED (Part 1)

Disclaimer: Artikel ini adalah artikel dwi-bahasa yang agak mudah untuk difahamkan.
Part 1: Introduction & Goal Setting.

 

Program yang aku pilih is based on program Shortcut To Shred designed by Dr. Jim Stoppani. Aku suka program ini sebab very quick. 6 week program ini menerapkan microcycle.

Apa itu cycle dalam program training? Kebiasaannya, apabila kita weight training dengan konsisten, beban yang mampu kita angkat dengan rep count 8-10 bulan lepas, mungkin sudah menjadi terlalu mudah. Mungkin dengan beban yang sama, anda mampu mengangkat 12-15 reps sambil gelak atau senyum. Bergantung kepada goals masing-masing, untuk Hyperthrophy atau membina muscle, anda seharusnya mengangkat dengan rep count 8-12. Maka, beban anda harus meningkat kepada beban yang anda larat angkat sampai 8-12 reps sahaja. Ini juga applicable untuk apa-apa goals anda. Strength, power, endurance atau toning. Selalunya cycle ini banyak bergantung kepada individu. Dalam microcycle, peningkatan beban angkatan dipendekkan. Setiap 2 minggu, beban sepatutnya increase dalam 10-15% pada rep count yang sama.

Ok. Back to the main topic. Why do I want to shred now?  Dah cukup besar ke? Soalan ini memang banyak orang akan tertanya. Aku follow program shred ini sebab target aku untuk dapatkan body fat percentage yang rendah. So rendah macam mana? Tengok gambarajah di bawah.

 

Women’s Ideal Physique of Men in Red. Thats the Goal
Target aku masa aku decide nak buat Shred Program sebab aku cuba capai body fat percentage below 15%. Untuk kaum Adam, between 10-15% Bodyfat percentage kira dah mantap. Masih ingat zaman sekolah, kalau atlet sekolah mesti lean. Aku percaya, bodyfat percentage mereka sekitar 10-12%. So, misi #roadtoshred adalah untuk dapatkan body structure seorang atlet. Lean body, speed, power and aesthetics.
Sebelum anda start dengan mana-mana program, pastikan anda tahu misi atau goals yang dituju. Jangan ikut orang. Orang nak ripped, kau pun nak ripped. Orang nak size, kau pun nak saiz. Kalau yang ikut sizingkan diri, lepas itu tergelincir daripada landasan, tak training tapi makan macam Jin Alfred, saiz dapat tetapi lemak.

“GOAL SETTING IS THE START OF ANY JOURNEY”

So…sekarang goal dah set. What’s next? Record dan simpan training log anda. Kenapa? Sebab senang keep track of any improvements or reduction in strength. Aku selalu track workout pakai free apps dari bodyspace.bodybuilding.com.  Selepas setiap workout, aku akan record dan share dalam account Instagram aku, @shaifitness. Ingat, dalam mana-mana perjalanan, mesti ada liku-liku yang kadangkala berduri yang sangat tajam. That is life. Sometimes, semangat gila on the way ke gym, tapi last minute kena be at somewhere else, whether work or family commitment. It’s OK. Ganti balik workout itu.

 

Click image to go to my IG Account @shaifitness

 

Sosial media penting untuk membuat diri anda accountable. For instance, hari ini anda post hendak eat clean. Tapi, tanpa alasan apa-apa, anda melahap McD Happy Meals sampai 3 pack. Mungkin hendak mainan free kot. Nampak tak?

Recording things makes you very self aware, meaning you know about actions and consequences; cause and effect.

 

“EAT. TRACK. REVIEW. REPEAT.”

-Coach Shai Samsuri-

 

Part 2: Training & Nutrition Plan
Part 3: Tips & Conclusion
Road To Shred 6 Weeks
Final Result of 6 Weeks Road to Shred